3 Ogo 2011

RAMADHAN MENJELMA LAGI!!



Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke-3 umat islam berpuasa.





Sebagai manusia,kita takkan terlepas dari ujian, termasuklah bulan ramadhan itu sendiri. Bulan ramadhan adalah satu-satunya bulan dimana kita semua diuji dengan pelbagai jenis ujian sebagai tujuaan melihat kesabaran kita terhadap ujianNya demi memperoleh seribu kebaikan daripadaNya.
Firman Allah SWT:


يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَ امَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُنِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ


Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(al-Baqarah : 183)

Maka, dengan itu..marilah kita membentengi puasa kita dari factor-faktor yang boleh megurangi pahala puasa kita.

Jabir bin Abdullah menyampaikan petuahnya:

إذا صمت فليصم سمعك وبصرك ولسانك عن الكذب والمحارم ودع أذى الجار, وليكن عليك وقار وسكينة يوم صومك, ولا تجعل يوم صومك ويوم فطرك سواء

“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram dan janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama.” (Lathaa’if al-Ma’arif, karya Ibnu Rajab al-Hambali, hal: 292)

Selain menahan lisan dan menjaga pandangan dari perkara-perkara yang tidak baik, iringilah ramadhan kita kali ini dengan amalan-amalan yang baik antaranya:

* Lebihkan amalan solat sunat dan berzikir

* Banyakkan membaca Al-quran

* Banyakkan bersedekah, memberi makan kepada orang yang akan berbuka puasa

* Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadirkan diri ke majlis ilmu.

* Awalkan waktu berbuka dan lewatkan waktu bersahur.

* Jauhi perkara yang tidak membawa faedah.

* Jangan membazir.(terutama ketika berbuke yek.....)

* Berjimat cermat (ketika membuat persedian menyambut lebaran nanti)

* Menutup aurat.

* Dan jangan lupa zakat fitrah yer! ^_^

Tiada ulasan:

Wordless Wednesday