22 Jan 2019

AEON MALL NILAI

Hooorayyyy..... 17 Jan 2019 yang lepas, selepas 1 tahun 1/2 menunggu, akhirnya pasaraya yang ditunggu-tunggu telah pun memulakan operasinya. 

Sejak dari duduk di JB lagi... Ieda memang lebih selesa shopping di Aeon dari pasaraya yang lain. Sebab.... selain shopping dalam aeon sendiri, banyak lagi kedai-kedai lain, restoran dan paling best panggung wayang. Kira 1 stop centre lah... dari untuk barang wanita, lelaki dan anak2 semua boleh dapat.  Dan paling best sekali, parking bayo RM1 je tau..

Dulu kalau nak ingatkan masa keje di Taman Universiti Skudai, office seberang jalan je dgn Aeon ni. tiap kali rehat situ lah port nak shopping atau makan-makan. Hujung minggu pula, selalu ke Aeon Bukit Indah @ Tebrau . Pendek kata, members kad Ieda tu mmg banyak lah pointnya, sekali tukar point & claim rebate dapat la rm100-200.

Ok.... patah balik ke Aeon nilai ni...

 oleh sebab hari pembukaan dia jatuh hari Khamis (tak kan la kami nak cuti semata-mata la kan). Kami pegi masa hujung minggu 19/1.  Kami gerak awal weiii (mall x buka lagi masa tu....9.30pg samapi sana) dari rumah di bukit mahkota sebab takut kena parking jauh dari pintu & nak la parking teduh bawah bangunan kononnya... 
Sesampai je kat sana...... harapan punah.... bila guard Aeon suh kami2 yang sampai awal ni semua parking kat luar yang panas tanpa bumbung ni, hampehhh betul lah...


Gambar bawah ni semua adalah kawasan food court Aeon, macam-macam ada. paling best bila tengok kaunter makanan jepun dia, segala jenis sushi, udon, bento, tempura, gorengan dan grill  semua ada. 






gambar bawah ni pula adalah ruangan di tingkat 2, ada kawasan untuk anak2 bermain dan boleh naik train juga. Atas ni juga ada restoran makanan yg sedap-sedap dan Food Arena juga tau...












Setakat 30 Mac 2019, selain kedai dengan gambar di atas, restoran yang dah buka adalah The Chicken Rice Shop, Dubuyo, Pizza Hut, KFC, Subway, I love Yoo!,  The Windmild, Starbuck, San Francesco Coffe dan beberapa kedai lain.

Paling best, masa pembukaan tu Chill2 buat promosi air diorg (Ieda mmg peminat air kat sini, pekat dan likat... hahahha)


sehingga 30 ma 2019 ni, panggung wayang GSC yang katanya nak buka kat Aeon ni masih belum ada nampak bayangnya. Susunan kedai dalam pasaraya Aeon sendiri agak pelik sedikit (sebab diorg cuba ubah gaya ke arah lebih moden- tapi bagi Ieda, lebih kepada agak serabut sediit). Pemilihan barangan yang di jual pun agak mendukacitakan bilamana beberapa jenama terkenal tidak dijual antaranya jenama CARLORINO, SEMBONIA, GUESS dan lain2.  

Pada Ieda juga, pusat membeli belah ini tak la besar macam yang dicanagkan. besar lagi Aeon Tebrau di JB .


Tiada ulasan:

Wordless Wednesday