19 Ogo 2011

Senarai semak BRIDE 2BE

6-10 Bulan

* Tentukan hari perkahwinan
(alhamdulillah akhirnye dapat tarikh: Sy: 23&24 Dec; Dia: 25 Dec)
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan. (Sy: Konsep ape ek. english garden kot ; Dia: Konsep melayu asli..hahaha)
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf. (tanye Angah yg dah berpengalaman.. Insyaallah akan mula lps raye...)
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. (hari2 dok mengira x hbs2. Mmg banyak.. Tp max budget RMxxK utk satu majlis.. So kene usaha simpan duit tok lps kawen)
* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. (Sy: laman rumah jer; Dia: Kat dpn umh tp kene mintak kebenaran MPM coz kene tutup jalan utama - taman)
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis (copy & paste dr kad jiran tetangga..ubah ckit2 jer)
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan
* Pilih pengapit-pengapit anda (Sy: Atikah anak pak cik tahir; Dia: Tak decide agy)
* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan (jurugambar done...mmg superb...insyALLAH x belaku pekara yg x diingini - nasihat dr rkn2)
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami (nikah- survey majalah ; resepsi - buat baru ; bertandang -pki jer yg ade kat bridal tue..)
* Pilih baju untuk pengapit (1 bln sblum mjlis baru nak belikan- pompuan saje..~)* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun (mmg tengah syok membeli coz MEGA SALE + RAYE SALE..~)
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai (Sy: 800pax; Dia:1200pax.. Masing2 anak bungsu, so ajak ramai tetamu)
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. (saye kat JB, Dia plak kat MUO...PJJ (perkahwinan jarak jauh).....tuntutan keje)
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda (Ok. nnt akan rembat folder yg comel2 kat kedai)
* Sediakan dokumen ini: (Utk pendaftaran insyallah saye akan buat kat daerah MUO, die plak kat daerah Ledang-wlupon jarak seberang sungai jerk....)
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Surat Perakuan Bujang dari majikan

4-6 Bulan

*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara (Artwork dah siap..thanks 2 my friends HAWA SOPAN.. sblum raye hantar printing..insyaALLAH raye nnt leh distribute pd saudaramara yg jauh)
*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan (Angah kene take note!)
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori (kene wat appointment ngn bridal designer..)
*Siapkan bilik atau rumah pengantin (akan disiapkan 1 bln sblum majlis..insyaALLAH)

3-6 Bulan

*Hadiri kursus Pra Perkahwinan
(Setel!)
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri (akan di buat di muo & ledang)
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan (Angah akan settlekan)
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid (wat kat umah jerk...arwah ayah dah pesan soh buat kat umah yg dia bina sendiri)
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu (rancang nak ke Bali tp akan ke travel agency lps raye nie)
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh (cousin dekat2 je tayah tempah hotel bagai)
*Pilih cincin perkahwinan (die bg sy gelang coz jari dah penuh.... die awal2 lg bg tau no ring 4 him)
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri (mungkin buat pemeriksaan saye - skudai; die - muo )
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda (pas aye br g jackel ngan family)
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan. (T.B.A)
*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh (Die - expired 2013 ; saye - hihii x buat pon lagi....)
*Tentukan aturcara majlis (Will discuss with my brother & sister)
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin (meby org kuat kg...angah settlekan lor..)
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. (Theme ceremony: biru putih; Baju Pengantin: turquoise + pearl white)

2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri
(rough estimate: 800pcs)
*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam (Will be discuss)
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering (buat kat umah...soo discuss ngan angah jer)
*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk (free seating)
*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu (Will be discuss)
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu (eerrmmmm...note sure)
*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap (masing2 incharge)
*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan (x de kot....main redah jerk....)

7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu
*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik (to discuss with angah earlier)
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas (x decide agi...huhuhhh)
*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan. (Will be discuss)
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat. (Explain detail masa distribute kad... susah sangat sroh diorang google map je)
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka. (tade kot. sume dok dekat2 cni je)

1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam (insyaallah )
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan (nak bawa ke mane?? dah buat kat umh sndri...)
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan. (discuss with mak andam)
*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda. (hadiah ape pulak?)
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin. (to remind mak andam)

Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan. (sume buat kat umah....hrp2 depa dtg awal la....)
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah (breakfast sekadar alas perot.. nt sakit perot susah pulak)
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda :) :) :)

Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.
*Pastikan kesihatan berada dalam keadaan baik. (aku berdoa kepada mu ya ALLAH...jgn ler aku demam cam mase mjlis tunang dulu....huhuuhuu - aku mmg pantang cuti panjang demam sesaje....)

HONEYMOON!

Tiada ulasan:

Wordless Wednesday